Kemaskini Terakhir: Ahad,22 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 7018DSC 7043DSC 7078DSC 7081

KUCHING, 5 Jul 19 – Pangkalan Udara Kuching telah menganjurkan majlis sambutan Hari Gawai dan Raya Aidilfitri bertempat di Dewan Sri Angkasa. Antara tetamu jemputan yang hadir memeriahkan majlis adalah Inspektor Jeneral Brig Jen Felix Gonsalvez A/L Alexander TUDM dan Tim Inspektorat.

Sambutan pada kali ini diadakan dengan berkonsepkan rumah terbuka dimana setiap Skn dan Cawang dalam Pangkalan menyediakan juadah makanan di booth masing-masing. Pihak Pangkalan juga menganjurkan pertandingan booth tercantik dan kreatif.

Pertandingan booth tercantik pada tahun ini telah dimenangi oleh Cawang Materiel. Bagi mengekalkan tradisi sambutan hari raya, Komander Pangkalan, Brig Jen Masro bin Kaliwon TUDM telah menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak anggota.