Kemaskini Terakhir: Rabu,13 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2019 07 22 at 18.22.56WhatsApp Image 2019 07 22 at 18.22.57WhatsApp Image 2019 07 22 at 18.22.58

SUBANG, 21 Jul 19 – Sebagai persiapan untuk menghadapi peperiksaan, Biro Pendidikan dan Harta telah menganjurkan Program Pecutan Akhir UPSR 2019 bagi Tahun 6 bertempat di Dewan Ababil, Pangkalan Udara Subang.

WhatsApp Image 2019 07 22 at 18.23.00 1WhatsApp Image 2019 07 22 at 18.23.00WhatsApp Image 2019 07 22 at 18.23.01 1

Program yang dihadiri seramai 109 murid ini telah berlangsung selama dua hari dan disampaikan oleh guru-guru berpengalaman bagi memberi pendedahan kepada pelahar mengenai teknik menjawab soalan.

WhatsApp Image 2019 07 22 at 18.23.01WhatsApp Image 2019 07 22 at 18.23.02 1WhatsApp Image 2019 07 22 at 18.23.02

Antara guru jemputan ialah Cikgu Nurliza binti Idris yang berpengalaman selama 27 tahun sebagai guru Bahasa Inggeris, Cikgu Mohamad Asri bin Ayon yang berpengalaman sebagai Ketua Peperiksaan UPSR Kebangsaan, Cikgu Mohd Johari bin Mohamed Sahar merupakan Guru Pakar Sains dan Cikgu Ahmad Amin bin Soip yang berpengalaman selama 10 tahun mengajar Matematik.

Turut hadir Pengerusi BAKAT Pangkalan, Datin Hjh Siti Norlela bt Alwi untuk menyampaikan cenderamata kepada guru pembimbing yang dijemput. Semoga para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini dapat manafaatkan sepenuhnya segala ilmu dan tips yang telah diberikan dan seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang.