Kemaskini Terakhir: Selasa,12 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2019 07 24 at 10.09.46 1WhatsApp Image 2019 07 24 at 10.09.46 2WhatsApp Image 2019 07 24 at 10.09.46WhatsApp Image 2019 07 24 at 10.09.47WhatsApp Image 2019 07 24 at 10.09.45 1WhatsApp Image 2019 07 24 at 10.09.45

KAJANG, 16 Jul 19 – Bahagian Kejuruteraan Markas Tentera Udara (MTU-Kejuruteraan) telah menganjurkan satu lawatan kerja AKS Kejuruteraan, Mej Jen Dato’ Ir. Razali bin Abd Ghani TUDM serta anggota Kejuruteraan TUDM daripada MTU, MPBU, MAWILUD 1, DGTA dan juga PUSPEKA ke Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan.

Lawatan ini merupakan salah satu Petunjuk Prestasi Utama (KPI) MTU-Kejuruteraan bagi tahun 2019. Objetif utama penganjuran siri lawatan ini adalah untuk meninjau kemampuan perkhidmatan yang ditawarkan serta melihat peluang kerjasama bagi teknologi pertahanan antara TUDM dengan STRIDE.

Selain itu, ianya juga dapat memberi pemahaman kepada anggota Kejuruteraan mengenai fungsi dan tugas bahagian-bahagian di STRIDE terutamanya yang berkait rapat dengan proses penyediaan spesifikasi perolehan TUDM.