Kemaskini Terakhir: Isnin,18 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2019 07 24 at 10.32.14WhatsApp Image 2019 07 24 at 08.38.55WhatsApp Image 2019 07 24 at 08.38.56 1WhatsApp Image 2019 07 24 at 08.38.56 2WhatsApp Image 2019 07 24 at 08.38.56WhatsApp Image 2019 07 24 at 08.38.57

SUBANG, 23 Jul 19 - Bengkel Pembangunan Kurikulum Jurulatih Penerbangan Pesawat C130H kali ketiga telah berlangsung di Mes Pegawai, Pangkalan Udara Subang bermula 23 sehingga 26 Jul 19.

Bengkel anjuran Markas Wilayah Udara 2 (MAWILUD 2) kali ini dilaksanakan dengan mengambil kira komitmen operasi fleet pesawat C130H bagi penugasan semasa TUDM.

Tujuan bengkel ini diadakan bagi memperkemaskini dan memperkasakan kurikulum-kurikulum bagi jurulatih penerbangan pesawat C130H setiap stesen anakapal ke arah memastikan siapsiaga anakapal dan proses knowledge transfer berada ditahap yang terbaik.

Bengkel ini telah dirasmikan oleh Pegawai Memerintah No 20 Skn, Lt Kol Azril Omri bin Dato Hasbullah TUDM. Seramai 15 orang jurulatih penerbangan dari fleet pesawat C130H terdiri daripada No 14 Skn PU Labuan dan No 20 Skn PU Subang.