Kemaskini Terakhir: Selasa,17 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2019 07 29 at 08.51.57 1WhatsApp Image 2019 07 29 at 08.51.57 2WhatsApp Image 2019 07 29 at 08.51.57 3WhatsApp Image 2019 07 29 at 08.51.57WhatsApp Image 2019 07 29 at 08.51.58 1WhatsApp Image 2019 07 29 at 08.51.58

KUANTAN, 27 Jul 19 - Program Motivasi Kecemerlangan PT3 Anjuran Bersama ATM/PERNAMA dan BAKAT Pangkalan Udara Kuantan Tahun 2019 telah dilaksanakan di Auditorium INSPRA.

Program ini diadakan bertujuan untuk pelajar dapat mengenalpasti kaedah dan teknik terbaik dalam menjawab soalan sebenar PT3, memberi pendedahan kepada pelajar bentuk soalan sebenar PT3 dan mengenalpasti bahagian atau topik yang perlu diberikan penekanan.

Seramai 80 orang pelajar terdiri daripada anak anggota tentera yang berkhidmat di Kem Batu 10, PU Kuantan dan MAWILLA 1 yang bakal menghadapi PT3 tahun ini. Penceramah terdiri daripada guru-guru penanda soalan MRSM.

Program ini telah dirasmikan oleh Brig Jen Mohd Fadzil bin Mohd Diah TUDM, Komander Pangkalan. Turut hadir Pengerusi BAKAT Pangkalan, Wakil Pengetua SMK Seri Mahkota, Wakil PERNAMA dan Peg Pendidikan Pangkalan.