Kemaskini Terakhir: Ahad,22 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0005DSC 0017DSC 0020

SUBANG, 19 Jul 19 – Kejohanan Badminton antara Pangkalan TUDM bagi Tahun 2019 telah diadakan bermula 15 Jul hingga 19 Jul 19 bertempat di Dewan Ababil, Pangkalan Udara Subang.

Sebanyak 13 pasukan mewakili Pangkalan masing-masing telah mengambil bahagian terdiri daripada kategori dua perseorangan lelaki, satu bergu veteran, satu bergu wanita dan tiga bergu lelaki.

DSC 0062DSC 0208

Kejohanan ini diadakan bertujuan untuk mencari bakat baru sebagai latihan penyesuaian sebelum pertandingan bermula. Pada kejohanan kali ini, Pangkalan Udara Kuanta telah menjadi juara menewaskan PU Kuala Lumpur.

Mej Jen Dato’ Dzulkarnain bin Hj Ahmad TUDM selaku Penaung Persatuan Badminton TUDM telah menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang. Dalam ucapannya, beliau berbangga kerana beberapa bakat baru berjaya diketengahkan dan beliau turut mengharapkan agar anggota yang terpilih mewakili TUDM pada tahun ini dapat berjuang habis-habisan.

DSC 0163DSC 0165DSC 0191

Keputusan perlawanan pada kejohanan kali ini:

Berpasukan TUDM (Acara Utama):
1. PU Kuantan
2. PU Kuala Lumpur
3. PU Subang Dan PU Gong Gedak

Beregu Lelaki Terbuka:
1. Sjn Tarmimi / Kpl Sufian
2. Luk Hafiz / Lu Muhaimin

Perseorangan Lelaki Terbuka
1. Lu Muhaimin
2. Kpl U Sufian

Beregu Wanita Terbuka
1. Lt Nurita TUDM / PW U II Norlia
2. Mej Patricia TUDM / Mej Mazra TUDM

Beregu Pegawai Lelaki Terbuka
1. Mej Kamil / Mej Syed
2. Mej Humaizi TUDM / Mej Syawal TUDM

Beregu Veteren 40 Tahun Keatas
1. Mej Fatli / PW U II Kamal
2. PW U I Rosdi / PW U I Khairillah