Kemaskini Terakhir: Rabu,13 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 2729IMG 2779IMG 2789

MELAKA, 24 Jul 19 – Seminar Kejuruteraan 2019 yang dirasmikan oleh AKS Kejuruteraan, Mej Jen Dato’ Ir. Razali bin Abd Ghani TUDM telah berlangsung selama tiga hari di A’Famosa Resort Melaka.

Seramai 70 orang Pegawai Kanan Kejuruteraan TUDM dari Markas Formasi, Unit dan Skuadron telah menghadiri seminar ini di mana ia turut dihadiri oleh Ketua Pengarah DGTA, Ketua Staf MPBU dan Juruiring YDP Agong.

IMG 2817IMG 2822IMG 2860

Seminar ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada pegawai-pegawai kejuruteraan TUDM untuk membentang kertas kerja dan membincangkan tentang isu yang melibatkan Bahagian Kejuruteraan. Penganjuran seminar ini adalah merupakan satu forum untuk mencetuskan idea-idea bernas bagi memacu Bahagian Kejuruteraan seiring dengan transformasi TUDM ke arah ‘Capability Development 2055’ (CAP 55).

IMG 2942IMG 3313IMG 3373

Antara kertas kerja yang dibentang yang dipilih berdasarkan kepakaran masing-masing:

1. New RMAF Technician Band Structure – Policy update and responsibilities of various RMAF Departments.
2. Skill Level Maintenance System (SLMS) Implementation Update.
3. Technological Update: Digital Revolution and Internet of Things (IoT).
4. Auditing in Aviation – Technical Airworthiness Perspective.
5. Recognition of Prior Achievement (RPA) – An extensive model for implementing APEL and recognition for RMAF Technician.
6. Kajian Senggaraan/Pembaikan AGSV.
7. PRW&SLE for Su-30MKM – Learning from a success story.

Group Head of Engineering Air Asia Berhad, En Nadzri bin Hashim turut dijemput untuk memberi pandangan tentang ‘Airlines vs Military Airworthiness & Technical Operations – AirAsia/International Airlines Perspective’.