Kemaskini Terakhir: Jumaat,20 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2019 07 31 at 10.23.34WhatsApp Image 2019 07 31 at 10.23.35WhatsApp Image 2019 07 31 at 10.23.36WhatsApp Image 2019 07 31 at 10.23.37WhatsApp Image 2019 07 31 at 10.23.38 1WhatsApp Image 2019 07 31 at 10.23.38

PULAU PINANG, 30 Jul 19 – Kelompok Kerja Udara Malaysia – Filipina (KKU MALPHI) merupakan jawatankuasa kerjasama udara yang diwakili oleh pegawai-pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Udara Filipina (TUF).

WhatsApp Image 2019 07 31 at 10.23.39WhatsApp Image 2019 07 31 at 10.42.42

KKU ini diadakan bertujuan untuk membincangkan aktiviti kerjasama pertahanan dua hala merangkumi pertukaran kursus, latihan bersama dan aktiviti lawatan pertukaran pegawai. KKU MALPHI bersidang sebanyak dua kali setahun yang akan dihoskan secara bergilir oleh TUDM dan TUF di negara masing-masing.

Mesyuarat yang dihoskan oleh TUDM kini sedang berlangsung di Hotel Bayview, Batu Ferrenghi dan merupakan persidangan kali pertama bagi tahun 2019. Mesyuarat telah dipengerusikan secara bersama oleh AKS A5, Kol Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM dan Kol Eric A Gachalian GSC mewakili TUF.