Kemaskini Terakhir: Khamis,21 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

123456

PORT DICKSON, 26 Jul 19 – Bengkel Mengemaskini Publikasi Udara - Materiel Working Group (MWG) Siri 1/19 telah berlangsung pada 22 hingga 26 Jul 19 bertempat di Avillion Admiral Cove Port Dickson, Negeri Sembilan.

Bengkel ini bertujuan untuk mengemaskini semua Publikasi Udara pegangan Materiel agar selaras dengan polisi dan dasar terkini supaya pengoperasian Materiel berlandaskan keperluan semasa TUDM.

Seramai 32 orang pegawai Materiel yang dilantik mengikut kepakaran masing-masing telah menghadiri bengkel ini. Hasil bengkel telah dibentangkan kepada Lembaga Pengurusan Tertinggi Materiel yang dikenali Panel Talent Management Materiel (PTMM) dipengerusikan oleh AKS Materiel, Brig Jen Dato’ Dr Mohd Yunus bin Masjuki TUDM.