Kemaskini Terakhir: Sabtu,21 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0074DSC 0097DSC 0340DSC 0493DSC 0504

SENDAYAN, 2 OGOS 19 – Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara (MPPLU) telah melaksanakan RMAF Challenge Larian sejauh 10 km bermasa mengikut kategori umur melibatkan pegawai dan anggota berpangkat Mej TUDM dan kebawah.

Program kecergasan yang diwajibkan kepada semua peringkat pegawai dan anggota TUDM ini bertujuan untuk memupuk gaya hidup sihat bagi menjamin kecergasan dan kelangsingan badan berada pada tahap yang ditetapkan oleh perkhidmatan.

Pelepasan peserta telah disempurnakan oleh Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato’ Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM diiringi oleh Ketua Staf Markas, Brig Jen Dato’ Hj Sanusi bin Hj Samion TUDM dan Pengarah Kurikulum Markas, Kol Thamilanty a/l Periasamy TUDM.