Kemaskini Terakhir: Jumaat,20 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

1

KUALA LUMPUR, 2 Ogos 19 - Cawangan Perkhidmatan - Seksyen Pembangunan Sukan TUDM dengan kerjasama Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR) UiTM menganjurkan Kursus Pengurusan Sukan 2019 di Bilik Kuliah Kompleks Lembaga Sukan TUDM, Pangkalan Udara Kuala Lumpur mulai 1 hingga 2 Ogos 19.

Kursus ini telah disertai seramai 15 peserta terdiri daripada Jurulatih Jasmani TUDM dan wakil dari Persatuan Sukan TUDM. Kursus tersebut merangkumi pengurusan, undang-undang dan peraturan serta pelbagai panduan perlaksanaan dalam menguruskan semua kemudahan dan hala tuju persatuan dan sukan ke arah pembangunan sukan TUDM.

Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup Kursus telah disempurnakan oleh Kol Mohamad Noh bin Daim TUDM, Komander Pangkalan Udara Kuala Lumpur. Turut hadir Lt Kol Roslan bin Salam TUDM, PS 1 Dasar mewakili Pengarah Perkhidmatan Cawangan Perkhidmatan, Dr Rezianna Muhammed Kassim, Ketua Pusat Pengajian Pengurusan Sukan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, dan En Norazhan bin Che Lan, Koordinator Pengajian Luar Kampus FSR/PDRM merangkap Ketua Perunding Kursus Pengurusan Sukan.