Kemaskini Terakhir: Isnin,16 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0443DSC 0451DSC 0480DSC 0488DSC 0549DSC 0612

GONG KEDAK, 1 Ogos 19 – Pangkalan Udara Gong Kedak telah menerima kunjungan dari Maktab Pertahanan Angkatan Tentera yang diketuai Komandan Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT), Laksamana Pertama Mohd Fadzli Kamal bin Mohd Mohaldin. Lawatan beliau telah disambut oleh Komander Pangkalan, Kol Shaiful Azuar bin Ariffin TUDM serta Pegawai-pegawai Eksekutif.

 DSC 0649DSC 0714DSC 0743

Lawatan ini melibatkan seramai 57 pegawai terdiri daripada 15 ‘Directing Staff’ dan 42 peserta kursus Siri 39/19. Lawatan ini juga telah dimulakan dengan sesi taklimat pertama yang disampaikan oleh Komander Pangkalan dan sesi taklimat kedua disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif ATSC, Lt Kol (B) Dato’ Mohd Fadzar bin Suhada di Sekolah Sistem No 11 Skuadron berkenaan peranan dan perlaksaan tugas serta pengoperasian Pangkalan Udara Gong Kedak dan pihak ATSC.

DSC 0814DSC 0849DSC 0855

Selain itu juga, beliau bersama peserta kursus telah dibawa ke Pusat Simulator Pesawat Sukhoi SU-30MKM, Sukhoi Technical Centre Division ATSC dan ke Pusat Service Teknikal Cawang Kejuruteraan.