Kemaskini Terakhir: Sabtu,23 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2019 08 04 at 00.04.48WhatsApp Image 2019 08 04 at 00.04.50 1WhatsApp Image 2019 08 04 at 00.04.50WhatsApp Image 2019 08 04 at 00.04.51 1WhatsApp Image 2019 08 04 at 00.04.51WhatsApp Image 2019 08 04 at 00.04.52

SUBANG, 3 Ogos 19 - Biro Kebajikan BAKAT Pangkalan Udara Subang telah mengadakan Lawatan Amal ke Rumah Amal Al-Firdaus di Denai Alam, Subang.

Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk menyantuni warga Rumah Amal terdiri daripada anak yatim yang masih kecil dan juga memberi sumbangan berbentuk barangan keperluan harian, wang tunai serta barangan makanan. Program ini juga turut mendapat sokongan keseluruhan warga Pangkalan yang turut sama memberikan sumbangan ikhlas kepada penghuni Rumah Amal Al-Firdaus.

Rombongan BAKAT PU Subang telah diketuai oleh Datin Hjh Siti Norlela bt Alwi selaku Pengerusi BAKAT dan turut disertai oleh Biro Kebajikan BAKAT Pangkalan. Disamping itu, program jiwa murni turut dilaksanakan di Rumah Amal Al-Firdaus sebagai salah satu program jiwa murni yang dirancang oleh No 22 Skn.

Dengan program sebegini, diharap dapat dijadikan platform yang baik untuk menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan yang berada berdekatan PU Subang di masa hadapan.