Kemaskini Terakhir: Sabtu,21 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2019 08 06 at 16.04.08 1WhatsApp Image 2019 08 06 at 16.04.08 2WhatsApp Image 2019 08 06 at 16.04.08WhatsApp Image 2019 08 06 at 16.04.09 1WhatsApp Image 2019 08 06 at 16.04.09 2WhatsApp Image 2019 08 06 at 16.04.09

SUBANG, 6 Ogos 19 - Pengarah Pembangunan Sumber Manusia, Kol Nazaruddin bin Haron TUDM telah mempengerusikan Temuduga Lisan Kursus Kepimpinan Pegawai Waran Siri 50/19 pada 5 dan 6 Ogos 19 bertempat di Wisma Bintara, Pangkalan Udara Subang.

Seramai 61 orang calon berpangkat F/Sjn menghadiri sesi temuduga pada sesi kali ini setelah berjaya melalui ujian bertulis dan ujian kawad kaki yang telah ditetapkan di dalam kurikulum Kursus Kepimpinan Pegawai Waran yang berlangsung selama 4 minggu di INSTAR.

Antara panel yang terlibat dalam temuduga Pegawai Staf 1 Rancang LLP, Pegawai Staf 2 Rancang LLP setiap Cawangan, wakil Pegawai Staf 2 Urus LLP MTU-BSM dan Pegawai Waran TUDM. Calon-calon telah dinilai dari aspek personaliti, kebolehan menerangkan secara lisan, pengetahuan perkhidmatan, pengetahuan am serta keyakinan diri bagi melayakkan mereka menyandang pangkat Pangkuan PW U II.