Kemaskini Terakhir: Isnin,26 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0840DSC 0847DSC 0849DSC 0877DSC 0890DSC 0921DSC 0931DSC 0945DSC 0988

KUANTAN, 11 Ogos 19 – Komander Pangkalan, Brig Jen Mohd Fadzil bin Mohd Diah TUDM bersama warga Pangkalan Udara Kuantan telah menunaikan Solat sunat Aidiladha di surau Pangkalan yang diimamkan oleh Pegawai Agama Pangkalan, Kapt Mohamad Firdaus bin Mat Isa.

Setelah selesai menunaikan solat, Komander Pangkalan menyempurnakan penyerahan pisau sembelih dan baju t-shirt kepada Ketua penyembelih, Kapt Mohamad Firdaus bin Mat Isa sebagai simbolik untuk program korban sempena Hari Raya Aidiladha.

Para Jemaah yang hadir bersama-sama bergotong royong melapah dan memotong daging korban. Sebanyak 3 ekor lembu telah dikorbankan pada program kali ini.

Komander Pangkalan telah berbesar hati untuk mengagihkan daging korban kepada semua peringkat anggota dan selebihnya diagihkan kepada penduduk golongan asnaf di Jaya Gading.