Kemaskini Terakhir: Rabu,13 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

Picture1Picture2Picture4Picture3Picture6Picture5

KUALA LUMPUR, 9 Ogos 19 - Kejohanan Badminton antara Perkhidmatan telah diadakan bermula 5 Ogos hingga 9 Ogos 19 di Dewan Komuniti Batu Muda dimana Tentera Darat Malaysia telah menjadi tuan rumah bagi kejohanan kali ini.

Ketiga-tiga Perkhidmatan ATM telah mengambil bahagian terdiri daripada kategori perseorangan lelaki, bereu veteran, bergu wanita, bergu lelaki dan perseorangan wanita.

TUDM telah merangkul naib johan bagi kategori pegawai antara perkhidmatan yang terdiri daripada perseorangan lelaki, bergu veteren, bergu lelaki, bergu wanita dan bergu campuran.

Majlis penyampaian hadiah dan penutup telah disempurnakan oleh Lt Jen Dato’ Pahlawan (Dr) Md Amin bin Muslan selaku Pengerusi Jawatankuasa Perubatan dan Sains Sukan.

Persatuan Badminton TUDM juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada pemain-pemain kerana telah menunjukkan semangat juang yang tinggi dalam kejohanan tersebut. Lt Kol Wan Mohammad Azhar bin Wan Mamat TUDM selaku Pengerusi Persatuan Badminton TUDM juga menggesa agar setiap pemain terus berusaha dengan menjalani latihan agar TUDM terus unggul dan berjaya.

Keputusan perlawanan pada kejohanan kali ini adalah seperti berikut:
Berpasukan Terbuka :
1. TLDM
2. TDM
3. TUDM

Berpasukan Pegawai:
1. TDM
2. TUDM
3. TLDM

Pencapaian TUDM dalam acara terbuka individu:

Lt Kol Wan Azhar / Mej Abdullah – Ke 3 Veteran
PW Rosdi / PW Khairillah – Ke 4 Veteran
Lu Hazman – Ke 3 Perseorangan Lelaki
Lu Muhaimin – Ke 4 Perseorangan Lelaki
Mej Patricia / Lt Nurita – Ke 4 Bergu Wanita