Kemaskini Terakhir: Jumaat,20 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 123

KUANTAN, 13 Ogos 19 – AKS Kejuruteraan, Mej Jen Dato’ Ir, Razali bin Abd Ghani TUDM dan rombongan telah mengadakan Lawatan Kerja ke Cawang Kejuruteraan Pangkalan Udara Kuantan bermula 13 hingga 15 Ogos 19.

456

Ketibaan beliau disambut oleh Ketua Cawang Kejuruteraan, Lt Kol Shamsul Bahri bin Faat TUDM. Beliau juga membuat kunjungan hormat kepada Komander Pangkalan, Brig Jen Mohd Fadzil bin Mohd Diah TUDM di Markas Pangkalan.

789

Dalam rangka lawatan kerja beliau, satu sesi taklimat turut diadakan di Auditorium ACMI yang dihadiri oleh KCK, KBK No 10 Skn, KBK PULATIBANG III, KBK Skn 320 dan semua Pegawai Kejuruteraan Pangkalan. Sesi taklimat tersebut telah membincangkan tentang perjawatan semasa pegawai dan anggota di Cawang Kejuruteraan dan skuadron-skuadron serta pembentangan mengenai Skill Level Monitoring System (SLMS).

101112

Pada hari kedua lawatan, satu sesi dialog bersama anggota juruteknik telah diadakan di Dewan Seri Angkasa bagi memberikan penerangan mengenai dasar dan prosedur kejuruteraan terkini.


AKS Kejuruteraan juga telah mengadakan lawatan ke PULATIBANG III, Skn 320 dan No 10 Skn. Semasa lawatan beliau, Ketua Bahagian Kejuruteraan telah menyampaikan taklimat secara ‘walking brief’ mengenai SLMS yang diamalkan setiap jurutera dan juruteknik TUDM di skuadron bagi mengekalkan tahap kompetensi dan kemahiran dalam melaksanakan penyelenggaraan, rektifikasi dan pembaikan pada pesawat dan radar.