Kemaskini Terakhir: Selasa,19 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0075 1574x1050DSC 0092 1574x1050DSC 1279 1574x1050DSC 1290 1574x1050IMG 7170 1575x1050IMG 7205 1575x1050

LUBNAN, 17 Ogos 19 – Seramai 91 orang Kontinjen TUDM yang sedang bertugas dalam Misi Pengaman MALBATT (Malaysian Battalion) 850-6 di Selatan Negara Lubnan telah turut serta memeriahkan aktiviti MALBATT Run 2019 di sekitar kawasan Kem Ma’rakah. Perlepasan larian telah dirasmikan oleh Komander MALBATT dengan didahului oleh peserta wanita.

Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk mempromosikan gaya hidup sihat selain menentukan anggota MALBATT sentiasa kekal aktif sebelum menamatkan misi dan menyerahkan kepada kumpulan baru yang bakal tiba bulan September ini.

Aktiviti ini diakhiri dengan penyerahan hadiah kepada pemenang iaitu Mej Mohd Fareed bin Ahmad TUDM di tempat Ke-2 bagi Kategori B dan Kpl U (W) Noorfaeza binti Zaini menyandang tempat pertama bagi Kategori Wanita. Tahniah diucapkan kepada yang berjaya.