Kemaskini Terakhir: Rabu,20 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20190821 WA0026IMG 20190821 WA0029

KUANTAN, 21 Ogos 19 - Bahagian Tadbir, Cawangan Perkhidmatan Markas Tentera Udara melalui Sel Kebajikan TUDM mewakili Asisten Ketua Staf Tadbir dan Pengarah Perkhidmatan telah melaksanakan lawatan kebajikan kepada Adik Aman Nur Hakim bin Anizan yang menghidap Autisme dan berkerusi roda.

Adik Aman Nur Hakim merupakan anak kepada FSjn Anizan bin Mat Amin - JPU yang sedang berkhidmat di Skn 320, Pangkalan Udara Kuantan. Lawatan ini disertai oleh PS 2 Kebajikan, Mej Siti Norfadilah binti Omar TUDM, Pegawai BAKAT Skn 320, Lt Athirah Adibah binti Abdul Majid TUDM dan PTTK Kebajikan, Sjn U Mohd Fahmi bin Nawi.

Dalam lawatan ini, PS 2 Kebajikan juga memberi penerangan berkaitan permohonan bantuan kebajikan yang layak dimohon oleh anggota. Selain itu, sumbangan berbentuk lampin pakai buang dari Tabung Kebajikan TUDM dan Kelab Sukan, Sosial dan Kebajikan ATM turut disampaikan kepada anggota.

Seluruh warga TUDM mendoakan semoga semua urusan harian dan perubatan adik Aman Nur Hakim berjalan lancar.