Kemaskini Terakhir: Sabtu,21 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2019 08 22 at 16.31.41WhatsApp Image 2019 08 22 at 16.31.43WhatsApp Image 2019 08 22 at 16.31.44 1WhatsApp Image 2019 08 22 at 16.31.44WhatsApp Image 2019 08 22 at 16.31.45WhatsApp Image 2019 08 22 at 16.31.46 1

KLANG, 22 Ogos 2019 – Pasukan Boling Padang TUDM telah Berjaya merebut kejuaraan Boling Padang Antara Perkhidmatan ATM 2019 dalam Karnival Sukan ATM 2019 di Kompleks Sukan Sime Darby Bayuemas Pandamaran Klang.

Kejohanan yang berlangsung dari 21 hingga 22 Ogos 19 ini menghimpunkan seramai 60 atlet sukan boling padang dari perkhidmatan TDM, TLDM, TUDM. Sebanyak 5 kategori dipertandingkan iaitu ‘Men Pairs, Woman Pairs, Mix Pairs, Men Triples dan Woman Triples’. TUDM memenangi 2 dari 5 kategori iaitu ‘Woman Pairs, Women Triples dan Mix Pairs’. Atlet TUDM juga telah dipilih sebagai Pemain Harapan Lelaki dan Pemain Terbaik Wanita.

WhatsApp Image 2019 08 22 at 16.31.46WhatsApp Image 2019 08 22 at 16.31.47WhatsApp Image 2019 08 22 at 16.31.48

Upacara penutup disempurnakan oleh Brig Jen Dato’ Zulkifli bin Hamid TUDM, Ketua Staf Markas Wilayah Udara 1 merangkap Penaung Persatuan Boling Padang TUDM. Turut Hadir Kol Mohd Khair bin Shaari TUDM Pengerusi Boling Padang ATM, Kol Roba’i bin Rahmat Timbalan Pengerusi Boling Padang TDM, Kept Hassan bin Zainudin TLDM Pengerusi Boling Padang Sukan TLDM, Pegawai Memerintah Rejimen TUDM, Kol Hj Khalil bin Mohd Ali TUDM dan Lt Kol Sahhidan bin Arshad TUDM selaku Pengerusi Boling Padang TUDM serta Pengerusi Penganjur Kejohanan Boling Padang ATM 2019.