Kemaskini Terakhir: Selasa,19 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 IMG 20190822 WA0070IMG 20190822 WA0071IMG 20190822 WA0072IMG 20190822 WA0073IMG 20190822 WA0074IMG 20190822 WA0076

KUANTAN, 22 Ogos 2019 - Unit Komunikasi Strategik (UKS) Kementerian Pertahanan melaksanakan Program Hari Bersama Pelanggan (HBP) bagi tahun 2019 di Dewan Seri Angkasa, Pangkalan Udara Kuantan.

Program ini merupakan salah satu inisiatif Kementerian Pertahanan dan ATM untuk memberi pendedahan secara terus kepada pelanggan mengenai perkhidmatan yang ditawarkan serta menyelesaikan urusan pelanggan secara bersemuka.

Program ini tertumpu kepada pelanggan dalaman Kementerian Pertahanan (Warga ATM / Veteran ATM/ Warga ATM). Komander Pangkalan PU Kuantan, Brig Jen Fadzil bin Md Diah TUDM turut hadir ke program tersebut.

Antara pengisian program adalah perkhidmatan kaunter, taklimat, sesi soal jawab dan penyampaian maklumat berkenaan perkhidmatan serta memperkenalkan saluran-saluran yang boleh digunakan oleh pelanggan untuk menyampaikan sebarang cadangan dan maklumbalas mereka.

Selain itu, penyampaian sumbangan kebajikan daripada Tabung Kebajikan TUDM juga diadakan dan telah disempurnakan oleh Komander PU Kuantan.