Kemaskini Terakhir: Jumaat,20 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 7325 mDSC 7330 mDSC 7435 mDSC 7444 m

BUTTERWORTH, 23 Ogos 19 - Dalam usaha untuk menunaikan tanggungjawab kepada komuniti setempat, pegawai dan anggota dari No 15 Skuadron telah membantu pihak komuniti Masjid Jamek Bagan Ajam untuk bergotong royong membersihkan masjid dan tanah perkuburan.

Aktiviti ini dilaksanakan bertujuan untuk menjalinkan hubungan yang akrab dengan masyarakat awam di samping membudayakan sikap tolong menolong di kalangan warga skuadron.

Pihak komuniti Masjid Jamek Bagan Ajam berbesar hati dengan sumbangan tenaga yang telah dicurahkan dan diharapkan agar aktiviti sihat sebegini dapat diteruskan dengan lebih giat.