Kemaskini Terakhir: Jumaat,15 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

image1image2image3image4image5

BUKIT LUNCHU, 24 Ogos 19 – Skuadron 323 TUDM Bukit Lunchu telah melaksanakan Program Kecergasan ‘RMAF 10KM Challenge’ yang diwajibkan kepada setiap warga TUDM seperti yang disarankan pemerintah tertinggi TUDM.

Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk membudayakan gaya hidup sihat dikalangan warga TUDM dalam mengekalkan kecergasan dan kelangsingan badan seperti yang telah ditetapkan oleh perkhidmatan.

Program larian sejauh 10 kilometer bertempat Di Kem AW 501 Tebrau dimulakan dengan senamrobik di bawah kelolaan Jurulatih Jasmani sebelum dilepaskan oleh Pegawai Memerintah Skn 323 TUDM, Lt Kol Mohd Rizal bin Zainol TUDM. Program ini juga turut dibantu oleh team dari Lembaga Sukan TUDM.