Kemaskini Terakhir: Sabtu,23 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

10 1575x105011 1575x1050DSC 0170 1574x1050DSC 0438 copy 1574x1050DSC 0645 1574x1050DSC 2164 1574x1050

LUBNAN, 24 Ogos 19 – Seramai 91 orang Kontinjen TUDM yang kini sedang bertugas dalam Misi Pengaman MALBATT (Malaysin Battalion)850-6 Selatan Negara Lubnan sekali lagi turut serta memeriahkan aktiviti MALBATT Run sejauh 10km di sekitar kawasan Kem Ma’rakah.

Selain itu, seramai 461 orang Anggota dari perkhidmatan Darat, Laut dan juga Angkatan Bersenjata Diraja Brunei turut hadir bagi memeriahkan larian ini. Perlepasan larian telah dirasmikan oleh Komander MALBATT dengan didahului oleh peserta wanita.

DSC 2176 1574x1050DSC 2186 1574x1050DSC 2192 1574x1050

Aktiviti MALBATT Run 19 dianjurkan bertujuan mempromosikan gaya hidup sihat dan selain itu menentukan warga MALBATT sentiasa kekal aktif sebelum menamatkan misi dan menyerahkan kepada kumpulan baru yang bakal tiba bulan September ini.

Acara diakhiri dengan dengan penyerahan hadiah kepada pemenang yang turut dimenangi oleh anggota TUDM iaitu Kpl U (W) Noorfaeza binti Zaini (tempat pertama bagi Kategori Wanita). Tahniah diucapkan kepada yang berjaya.