Kemaskini Terakhir: Isnin,16 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

CSC 0283DSC 0033DSC 0044

GONG KEDAK, 27 Ogos 19 – Pangkalan Udara Gong Kedak dengan jayanya telah mengadakan Program Career Talk TUDM anjuran bersama SMK Bukit Payong kepada pelajar dari tingkatan 1 hingga tingkatan 6 di Dewan Mercu SMK Bukit Payong tentang kerjaya TUDM serta peranan TUDM khususnya dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) secara amnya.

DSC 0052DSC 0058DSC 0066

Selain itu turut diadakan Majlis Pelancaran Kelab Penerbangan dan Aeronautik yang dirasmikan oleh Komander Pangkalan, Kol Shaiful Azuar bin Ariffin TUDM. Dalam program tersebut, Komander Pangkalan juga telah menyampaikan ceramah beliau mengenai kerjaya TUDM serta di ikuti pengkongsian pengalaman selaku Penuntut UPNM oleh Lt Sharifah Shahirah Yusni binti Mohd Yusoff TUDM dan Lt Ahmad Sayuti bin Azlan TUDM.

DSC 0110DSC 0137DSC 0163

Antara objektif program ini adalah untuk memberi maklumat berkaitan kerjaya yang terdapat dalam TUDM serta peranan TUDM bagi menarik minat pelajar untuk menyertai TUDM sebagai kerjaya pilihan pada masa hadapan.

DSC 0195DSC 0206

Turut hadir Penolong PPD Pengurusan Akedemik (Teknik dan Vokasional), Tuan Haji Hussin bin Mamat, Pengetua SMK Bukit Payong, Puan Hjh Siti Meriam binti Deraman dan Pegawai-pegawai Pangkalan Udara Gong Kedak serta Guru-guru SMK Bukit Payong.