Kemaskini Terakhir: Ahad,22 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 1977DSC 2025DSC 2071

KUANTAN, 26 Ogos 19 – Cawang Bomba tudm telah mengadakan majlis perasmian pembukaan ‘RMAF Fire Command Exercise’ (FCX) siri 2/19 yang diadakan di Auditorium Sekolah Bomba dan Menyelamat.

Majlis perasmian pembukaan disempurnakan oleh Komander Pangkalan Udara Kuantan, Brig Jen Mohd Fadzil Bin Mohd Diah TUDM bagi mewakili Panglima Operasi Udara. Turut hadir semasa majlis ini ialah Pengarah Kesiagaan Operasi, Kol Wan Azwan Azwari Bin Wan Ali TUDM dan Komandan Inspra, Kol Ben Khedda Adnan Bin Mohd Yusoff TUDM.

RMAF FCX diadakan untuk meningkatkan kompetensi dan keupayaan para pegawai dan Pegawai Waran Bomba TUDM untuk bertindak sebagai Fire Incident Commander dalam menguruskan operasi menyelamat dan melawan kebakaran. exercise ini berlangsung selama 4 hari mulai 26 – 29 Ogos 19 ini dihadiri seramai 21 orang pegawai dan 28 anggota LLP.