Kemaskini Terakhir: Selasa,17 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2019 08 28 at 12.29.381WhatsApp Image 2019 08 28 at 12.30.49WhatsApp Image 2019 08 28 at 12.30.52

BUTTERWORTH, 28 Ogos 19 – Eksesais Dokongan Logistik Siri 1/2019 yang dianjurkan oleh SISMAT dengan berkonsepkan 'Command Post' (CPX) telah diadakan buat julung kalinya bermula 22 Ogos hingga 28 Ogos 19 di Bangunan Eksesais, Pangkalan Udara Butterworth.

Tujuan utama eksesais ini diadakan adalah bagi menguji keberkesanan publikasi ‘Air Logistic Planning Process’ (ALPP) yang telah dibangunkan selain memberi pendedahan kepada semua peserta terhadap situasi sebenar sesuatu operasi mahupun eksesais.

WhatsApp Image 2019 08 28 at 12.30.511WhatsApp Image 2019 08 28 at 12.31.04WhatsApp Image 2019 08 28 at 16.50.44

Majlis Penutup eksesais ini telah disempurnakan oleh Asisten Ketua Staf Materiel, Brig Jen Dato’ Dr Mohd Yunus bin Masjuki TUDM pada 28 Ogos 19 di Auditurium No 18 Skn yang turut dihadiri oleh Komander Pangkalan Udara Butterworth, Brig Jen Rozainy bin Ahmad Rapiee @ Ahmad Rofie TUDM dan AKS A4 MPOU, Kol Mohd Nor Rasid bin Samingon TUDM.

WhatsApp Image 2019 08 28 at 16.50.46WhatsApp Image 2019 08 28 at 16.50.441WhatsApp Image 2019 08 28 at 16.50.461

AKS Materiel berharap agar publikasi ALPP ini akan menjadi rujukan dalam melaksanakan perancangan logistik dan bantuan bagi sesuatu operasi mahupun eksesais TUDM. Eksesais ini telah disertai seramai 62 peserta terdiri daripada 40 orang pegawai dan 22 anggota LLP dari ketukangan Materiel, Kejuruteraan dan Tadbir.