Kemaskini Terakhir: Jumaat,15 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2019 08 27 at 12.01.14WhatsApp Image 2019 08 27 at 17.52.43WhatsApp Image 2019 08 28 at 20.16.44

KUALA LUMPUR, 28 Ogos 19 - Lawatan Kerja Rasmi Asisten Ketua Staf Materiel, Brig Jen Dato’ Dr Mohd Yunus bin Masjuki TUDM telah berlangsung dari 27 Ogos hingga 28 Ogos 19 melibatkan unit Materiel di Pangkalan Udara Butterworth, Institut Kepimpinan dan Pengurusan (INSKEP) dan Akademi Tentera Udara (ATU) yang merupakan aktiviti tahunan dan menjadi keutamaan kepada AKS Materiel dalam memastikan keberkesanan pengurusan unit Materiel.

WhatsApp Image 2019 08 28 at 20.16.45WhatsApp Image 2019 08 29 at 13.52.47WhatsApp Image 2019 08 29 at 13.52.48

Lawatan kerja ini bertujuan untuk melihat kesiapsiagaan pengoperasian unit Materiel agar sentiasa berada di tahap terbaik serta bertemu dengan seluruh warga Materiel bagi membincangkan isu-isu dan permasalahan yang dihadapi berkaitan perkara dasar dan polisi Materiel serta pengurusan sumber manusia. Selain itu juga, beliau turut melihat perkembangan terkini pembangunan projek yang memerlukan perhatian.

WhatsApp Image 2019 08 29 at 14.50.05WhatsApp Image 2019 08 29 at 21.29.332WhatsApp Image 2019 08 29 at 21.29.341

Dalam rangka lawatan ini juga, AKS Materiel berkesempatan untuk meninjau pesawat, alatan komponen dan alatganti F5 E/F yang telah dibuat Lembaga Perlupusan Am. Beliau juga turut meninjau kawasan yang dilanda ribut baru-baru ini di Pangkalan Udara Butterworth dalam membantu tindakan pemulihan bangunan dan fasilitas yang terjejas.