Kemaskini Terakhir: Khamis,21 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2019 08 29 at 01.14.16 1WhatsApp Image 2019 08 29 at 01.14.16WhatsApp Image 2019 08 29 at 01.17.04 1WhatsApp Image 2019 08 29 at 01.17.04WhatsApp Image 2019 08 29 at 01.17.05

LABUAN, 28 Ogos 19 – Perbarisan Bulanan Pegawai Memerintah Skn 340 telah diadakan di padang kawad Skn 340 yang diketuai oleh Mej Addy Zulkarnaik bin Tumari TUDM.

Tujuan perbarisan ini adalah untuk menyampaikan maklumat dan penghargaan kepada pegawai serta anggota skn yang telah mengharumkan nama skn seterusnya nama TUDM.

Dalam perbarisan ini turut diadakan majlis Pemakaian Pangkat, Sijil Khidmat Terpuji dan Penyampaian Sijil Pencapaian kepada Tim Inovatif dan Kreatif yang telah berjaya merangkul Johan dalam Inovasi Sosial – Kategori Penciptaan dengan projek dinamakan SPECTRA-COMM.

Tim KIK ini ketuai oleh Mej Mohd Haziq Izzat bin Sulaiman TUDM dan dibantu oleh Lt Mohd Raihan bin Mazlan TUDM, Sjn U Mohd Sharif bin Sahid serta Kpl U Mohd Ariff bin Mohd Yusof.

Pencapaian ini telah menaikkan lagi nama Skn 340 sekaligus diharapkan dapat terus mengekalkan komitmen serta usaha yang lebih mampan dan jitu dalam semua pertandingan.