Kemaskini Terakhir: Sabtu,21 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2019 09 05 at 08.36.38WhatsApp Image 2019 09 05 at 08.36.39 1WhatsApp Image 2019 09 05 at 08.36.39WhatsApp Image 2019 09 05 at 08.36.40 1WhatsApp Image 2019 09 05 at 08.36.40

KOTA KINABALU, 4 Sep 19 – Majlis Pembukaan Kursus Lanjutan Pengawasan Maritim Udara Siri 9/19 anjuran Markas Wilayah Udara 2 yang telah disempurnakan oleh Panglima Wilayah Udara 2, Mej Jen Dato’ Hj Yazid bin Hj Arshad TUDM hari ini bertempat di Hotel Grand Borneo, Kota Kinabalu.

Kursus ini dihadiri seramai 17 peserta yang terdiri daripada juruterbang dan anakapal daripada Wilayah Udara 1 dan 2. Kurus yang akan berlangsung sehingga 12 Sep 19 ini bertujuan meningkatkan profesionalisme dan tahap pengetahuan juruterbang dan anakapal TUDM di dalam melaksanakan misi penerbangan maritim di perairan negara.

Peserta yang terdiri daripada semua fleet pesawat TUDM ini akan didedahkan kepada pengetahuan, maklumat dan keperluan operasi semasa serta arahan terkini bagi penugasan operasi maritim.

Pegawai Memerintah PUKALUB dan wakil pasukan sahabat yang lain turut hadir semasa acara pembukaan ini.