Kemaskini Terakhir: Isnin,16 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

20190905 125059 1IMG 20190905 WA0019IMG 20190905 WA0024IMG 20190905 WA0043IMG 20190905 WA0044

SUBANG, 5 Sep 19 - BAKAT Pangkalan Udara Subang telah mengadakan lawatan ilmiah ke SIRIM Shah Alam yang disertai seramai 26 orang ahli dan turut dihadiri oleh Pengerusi BAKAT Pangkalan, Datin Hjh Siti Norlela binti Alwi..

Lawatan ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta berkenaan peranan SIRIM serta proses pembungkusan dan penjenamaan makanan.

Peserta rombongan telah diberikan taklimat korporat berkenaan fungsi dan peranan SIRIM serta perkhidmatan yang disediakan dalam membantu usahawan mengkomersialkan produk ke pasaran yang lebih luas.

Program seumpama ini sedikit sebanyak dapat memberi gambaran dan pendedahan kepada peserta dalam bidang keusahawanan seterusnya mampu membantu mengembangkan perniagaan masing-masing pada masa akan datang.