Kemaskini Terakhir: Jumaat,20 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2019 09 06 at 12.28.41WhatsApp Image 2019 09 06 at 12.28.42 1WhatsApp Image 2019 09 06 at 12.28.42WhatsApp Image 2019 09 06 at 12.28.43 1WhatsApp Image 2019 09 06 at 12.28.43WhatsApp Image 2019 09 06 at 12.28.44

SUBANG, 23 Ogos 19 - ‘Konsep kerjasama pintar (smart partnership) telah diperkenalkan di Malaysia oleh Perdana Menteri Malaysia semasa berucap di Dialog Antarabangsa Langkawi pada tahun 1995. Konsep tersebut merupakan program kerjasama di antara kerajaan dan sektor awam serta antara negara-negara yang dalam jangka panjang memberi faedah yang banyak kepada kedua pihak. Ianya berteraskan situasi menang-menang (win-win situation) di mana faedah diperolehi kedua pihak dimaksimakan dan diimbangkan dengan sewajarnya.

Di dalam industri aeroangkasa Malaysia, konsep kerjasama pintar ini turut diterapkan sebagaimana saranan YAB Perdana Menteri di dalam ucapan beliau semasa Pelancaran Blueprint Pembangunan Industri Aeroangkasa Malaysia pada tahun 1997. Untuk membangunkan segera industri aeroangkasa negara, pihak kerajaan dan industri yang terlibat di dalam bidang aeroangkasa disarankan agar berkongsi sumber dan teknologi masing-masing bagi memberi faedah kepada semua pihak disamping menjana pertumbuhan dan perkembangan industri tersebut.

TUDM telah mempraktikkan konsep kerjasama pintar sama ada antara perkhidmatan mahupun dengan agensi awam dan industri pertahanan. Antara program kerjasama pintar yang sedang dijalankan oleh TUDM adalah menempatkan anggota di AIROD.

Sejajar dengan itu, Pengarah Kejuruteraan, Kolonel Samir Abas TUDM dan rombongan telah mengadakan Lawatan Kerja ke Airod Sdn Bhd pada 23 Ogos 19 bagi tujuan memantau perlaksanaan dan keberkesanan Program Kerjasama Pintar TUDM-AIROD (Smart Partnership RMAF-AIROD Programme) tersebut. Dalam rangka lawatan kerja beliau, satu sesi taklimat turut diadakan di Bilik Mesyuarat Bolkiah, Airod MAIN yang dihadiri oleh Senior General Manager Military AIROD Sdn Bhd, PS 1 Aero MTU-Kejuruteraan, Ketua AFPRO-MPBU, KCK PU Subang, pegawai-pegawai kanan kejuruteraan TUDM dan juruteknik-juruteknik TUDM yang terlibat dalam program KPTA.

Di dalam lawatan ini, juruteknik-juruteknik TUDM yang terlibat dalam program KPTA ini telah diminta menyampaikan taklimat mengenai perlaksanaan dan pembelajaran terhadap Program Kerjasama Pintar TUDM–AIROD Pesawat C-130H, Pesawat Nuri dan Aircraft Structure Repair.

Selepas daripada sesi taklimat tersebut, Pengarah Kejuruteraan dan rombongan telah melakukan lawatan kerja ke Hangar 72 Pesawat C-130H dan Engine Bay Pesawat Nuri di AIROD Main bagi melihat dan memantau juruteknik-juruteknik TUDM yang terlibat dalam program KPTA melakukan kerja-kerja penyelenggaraan pada pesawat dan injin milik TUDM yang menitikberatkan objektif dan mengutamakan keberkesanannya bagi mencapai outcome program KPTA tersebut.

Lawatan kerja tersebut diakhiri dengan sesi perbincangan bersama Senior General Manager Military AIROD Kol (B) Suhaimi Bin Hj Ashari TUDM dan pegawai-pegawai kanan kejuruteraan TUDM.Turut serta adalah Ketua Pegawai Operasi Airod Sdn Bhd, Brig Jen (B) Dato’ Ir. Ibrahim Bin Bahari TUDM.