Kemaskini Terakhir: Jumaat,20 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2019 09 10 at 15.28.11WhatsApp Image 2019 09 10 at 15.28.12 1WhatsApp Image 2019 09 10 at 15.28.13 1WhatsApp Image 2019 09 10 at 15.28.13 2WhatsApp Image 2019 09 10 at 15.28.13WhatsApp Image 2019 09 10 at 15.28.14

SUBANG, 7 Sep 19 - Seramai 47 orang anggota belia Pergerakan Belia Inspirasi (PBI) telah terlibat dengan program khidmat masyarakat yang berupa aktiviti gotong-royong bersama para guru sekolah KAFA di Bangunan Sekolah KAFA Intergrasi Al-Huda, Pangkalan Udara Subang.

Menurut Presiden PBI, En Mark Yogaraj s/o Kunasegar pergerakan ini merupakan salah satu badan operasi bagi Program Anugerah Remaja Perdana yang telah mengharumkan nama negara apabila mendapat tempat kelima di peringkat antarabangsa. Oleh itu, aktiviti ini merupakan salah satu elemen yang penting dalam usaha mengekalkan tahap pencapaian mereka selain daripada penerapan pembangunan diri remaja dalam aspek patriorisme, kesukerelawan dan jati diri bagi pembentukan modal insan yang mampan. Tambah beliau lagi, PBI merupakan satu-satunya pergerakan yang mempunyai hubungan rapat dengan pihak ATM.

Program selama setengah hari ini berakhir dengan sesi lawatan ke No 22 Skn dengan melawat pesawat A400M dan turut disertai oleh Ketua Cawang Tadbir, Lt Kol Amrul bin Yacob TUDM dan Pegawai Pendidikan selaku pegawai penyelaras program, Mej Norhayati bt Hamzah.