Kemaskini Terakhir: Sabtu,19 Okt 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

KUALA LUMPUR, 11 Sep 19 - PS 1 Dasar, Cawangan Perkhidmatan, Lt Kol Roslan bin Salam TUDM mewakili Asisten Ketua Staf Tadbir dan Pengarah Perkhidmatan telah melaksanakan dua sesi lawatan kebajikan kepada anak-anak istimewa anggota.

Antara yang dilawati ialah Adik Aini Syahida anak kepada Sjn U Mohd Zulfitri bin Ahmad yang menghidap Hydrocephalus di RKAT Desa Angkasaraya, Pangkalan Udara Kuala Lumpur.

Seterusnya, Adik Muhammad Asfa yang menghidap Cerebral Palsy merupakan anak kepada Sjn U Salfarizal bin Rusli sedang berkhidmat di Cawangan Kejuruteraan, Pangkalan Udara Subang. Lawatan ini dijalankan di kediaman anggota di Bandar Baru Bangi, Selangor.

Turut serta mengiringi lawatan ialah PS 2 Kebajikan, Mej Siti Norfadilah binti Omar TUDM, Pegawai BAKAT Cawangan Kejuruteraan, PU Subang, Kapt Normaliza binti Abdullah TUDM, PW Rancang LLP Pembantu Pertahanan, PW U II Mukhairey bin Ab Kudus, PTTK Kebajikan, Sjn U Mohd Fahmi bin Nawi serta anggota LLP Cawangan Kejuruteraan Pangkalan.