Kemaskini Terakhir: Sabtu,19 Okt 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

KUANTAN, 19 Sep 19 - Pangkalan Udara Kuantan telah menganjurkan Minggu Keselamatan yang dikelolakan oleh Pegawai Keselamatan Pangkalan, Mej Zool Amali bin Shodali TUDM.

Program yang diadakan di Dewan Seri Angkasa, Pangkalan Udara Kuantan menyediakan pelbagai aktiviti seperti pertandingan video keselamatan, ceramah dan pameran serta Kaunter bayaran Saman Trafik dari PDRM. Antara agensi yang terlibat pada Minggu Keselamatan pada kali ini adalah Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Bomba dan Penyelamat serta penyertaan daripada Skuadron dan Cawang.

Majlis Penutup Minggu Keselamatan peringkat Pangkalan ini telah dirasmikan oleh Komander Pangkalan, Brig Jen Mohd Fadzil bin Mohd Diah TUDM.