Kemaskini Terakhir: Sabtu,19 Okt 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

SUBANG, 19 Sep 19 - Pasukan PU Subang A telah berjaya menjuarai Pertandingan Bola Jaring antara pangkalan TUDM bagi tahun 2019 setelah berjaya menewaskan pasukan KTU dalam perlawanan akhir.

Pertandingan yang diadakan di PU Subang ini telah dianjurkan oleh Persatuan Bola Jaring TUDM dari 18 hingga 19 Sep 19. Sebanyak 7 pasukan dari setiap pangkalan terdiri daripada Kolej Tentera Udara, Gabungan Butterworth/Kuantan, PU Subang A & Subang B, Gabungan MTU/INSMAT/PU KL, PU Kuching dan PU Labuan telah menyertai pertandingan ini.

Tujuan pertandingan ini diadakan adalah bagi mengenalpasti pemain-pemain yang berkebolehan untuk mewakili TUDM ke Pertandingan ISG Bola Jaring yang akan dianjurkan oleh pihak TLDM pada Oktober nanti.

Komander Pangkalan Udara Subang, Mej Jen Dato' Hj Muhammad Mudzamir Ong bin Abdullah TUDM telah hadir menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang iaitu Pasukan Subang A selaku Johan bagi pertandingan ini, manakala Naib Johan dimenangi oleh pasukan KTU dan tempat ketiga dimenangi oleh PU Kuching.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan juga pasukan yang terlibat dalam pertandingan ini. Semoga pasukan Bola Jaring TUDM akan merangkul kejuaraan dalam pertandingan ISG Bola Jaring nanti.