Kemaskini Terakhir: Sabtu,19 Okt 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

GONG KEDAK, 18 Sep 19 – Lawatan Kerja AKS Kejuruteraan, Mej Jen Dato’ Ir. Razali bin Abd Ghani TUDM ke Pangkalan Udara Gong Kedak telah disambut oleh Komander Pangkalan, Kol Shaiful Azuar bin Ariffin TUDM, Ketua Cawang Kejuruteraan Lt Kol Nor Mizan bin Md Nor TUDM serta Pegawai-pegawai Kejuruteraan Pangkalan Udara Gong Kedak.

Dalam rangka lawatan kerja beliau dimulakan dengan sesi taklimat yang telah diadakan di bilik mesyuarat Cawang Kejuruteraan yang dihadiri KCK, KBK 11 Skuadron, KBK Skn 321, Pegawai Kejuruteraan dan Pegawai Waran Cawang/Bahagian Kejuruteraan Pangkalan.

Sesi taklimat ini membincangkan tentang penjawatan semasa pegawai dan anggota di Skuadron dan Cawang Kejuruteraan serta pembentangan berkenaan ‘Skill Level Monitoring System (SLMS)’ yang diamalkan di setiap skuadron dan cawang bagi mengekalkan tahap kompetensi dan kemahiran dalam melaksanakan penyelenggaraan, rektifikasi dan pembaikan pada pesawat mengikut manual prosedur yang ditetapkan.

Selesai sesi taklimat, turut diadakan sesi dialong AKS Kejuruteraan bersama Pegawai dan anggota juruteknik kejuruteraan yang terdiri daripada Cawang kejuruteraan, No 11 Skuadron dan Skuadron 321 di Pusat Service Teknikal Pangkalan. Selain itu juga, beliau telah membuat lawatan ke Skuadron 321, Pusat Simulator Pesawat Su-30MKM, No 11 Skuadron (TS4) dan Cawang Kejuruteraan.