Kemaskini Terakhir: Sabtu,19 Okt 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 

GONG KEDAK, 23 Sep 19 - Pangkalan Udara Gong Kedak telah mengadakan Kejohanan Futsal antara Cawang/Skuadron bagi tahun 2019 yang berlangsung di Gelanggang Futsal Beris Pak Abu, Jerteh, Terengganu.

Antara pasukan yang terlibat pada kejohanan tersebut adalah No 11 Skn, Skuadron Bantuan Operasi, Skn 321, Cawang Kejuruteraan, Cawang Materiel dan Gabungan Tadbir/Provos.

Pasukan dari Gabungan Tadbir/Provos telah berjaya menjuarai Kejohanan Futsal pada tahun ini dengan menewaskan pasukan dari Cawang Kejuruteraan dengan jaringan 3-2.

Turut hadir menyaksikan perlawanan akhir ialah Pegawai Sukan Pangkalan, Mej Mohamad Ashraf bin Mohamad Arifin TUDM dan Pegawai Futsal Pangkalan, Kapt Mohamad Azmirul bin Mohd Nazir TUDM.