Kemaskini Terakhir: Sabtu,19 Okt 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

12

KOTA KINABALU, 25 Sep 19 – Tim KIK Skuadron 340, ‘The Chimney’ telah memenangi Pertandingan Cabaran Inovasi Inklusif 2019 peringkat Zon Sabah yang diadakan di DKP 4, Universiti Malaysia Sabah (UMS). Pertandingan inovasi yang telah berlangsung selama 3 hari mulai 23 hingga 25 Sep 19 ini terdiri daripada Kategori Awam, IPTA/IPTS dan Kerajaan/Swasta.

Pertandingan ini menjadi tempat berkumpul para pencipta di seluruh negeri Sabah dalam mempertandingkan produk inovasi terbaik. Tim KIK Skn 340 telah mewakili TUDM dalam Kategori Kerajaan/Swasta.

Pasukan KIK Skn 340 telah memberi persembahan yang mapan melalui projek Spectra-Comm iaitu merupakan satu sistem perhubungan tanpa wayar yang membolehkan telefon pintar menghantar mesej dan lokasi GPS tanpa menggunakan talian telefon dan internet dengan mudah, cepat, tanpa sebarang kos dan sangat efisyen.

Kemenangan ini telah memberi impak positif kepada TUDM dan Skn 340 dalam membudayakan projek Inovasi di dalam tugasan harian. Semoga Tim KIk Skn 340 – The Chimney akan terus cemerlang dalam pertandingan-pertandingan inovasi akan datang.