JAKARTA, 14 Sep 19 - Bersempena dengan Program ‘Junior Officer Exchange’, Delegasi TUDM yang diketuai oleh Lt Kol Syed Faisal bin Syed Abdul Kadir TUDM bersama 9 pegawai terdiri daripada ketukangan logistik, pegawai pengurusan ruang angkasa, tadbir dan kejuruteraan telah diterbangkan ke Jakarta.
Ini bertujuan untuk membalas lawatan dari pihak TNI-AU yang diadakan secara serentak mulai 10 hingga 14 Sep 19. Program yang merangkumi aktiviti lawatan kerja dan lawatan sosial ini adalah bagi mengeratkan lagi kerjasama antara kedua-dua negara yang telah sekian lama terjalin.
Adalah diharapkan program pertukaran seperti ini dapat mengukuhkan hubungan kerjasama ketenteraan antara negara-negara yang bernaung di bawah payung ASEAN.