Kemaskini Terakhir: Sabtu,19 Okt 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20190921 225802 01P9211584 01P9211665 01P9211786 01P9211914 01

LABUAN, 21 Sep 19 – Pangkalan Udara Labuan kembali meriah apabila kumpulan kugiran TUDM Labuan telah dilancarkan pada hari ini. Kumpulan ini diberi nama Olumiscious Band sebagai inspirasi kepada perkataan ‘Olumis’ yang bermaksud cantik dalam Bahasa Kadazan Dusun.Olumiscious Band yang diketuai oleh Mej Mohd Tara bin Abdullah TUDM terdiri daripada 14 orang pegawai, anggota serta staf awam dari pelbagai unit di Pangkalan selain dari Markas Wilayah Udara 2 dan Skn 340 TUDM Bukit Kubong.

Band ini telah dirasmikan secara bersama oleh Panglima Wilayah Udara 2, Mej Jen Dato’ Haji Yazid bin Arshad TUDM, Komander Pangkalan, Brig Jen Mahadzer bin Amin TUDM dan Mantan Komander Pangkalan, Mej Jen Dato’ Haji Sardon bin Hassan TUDM. Pada malam konsert sulung yang diadakan di Dewan Mutiara mendapat sambutan dari kalangan warga TUDM Labuan.

Adalah diharapkan dengan kemunculan Olumiscious Band dapat menyemarakkan industri hiburan Angkatan Tentera Malaysia, khususnya TUDM. Olumiscious Band akan berusaha sedaya upaya untuk kekal lestari dalam mengharumkan nama Pangkalan selain menyediakan hiburan terbaik untuk semua.