Kemaskini Terakhir: Sabtu,19 Okt 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20190927 WA0030

KUALA LUMPUR, 27 Sep 19 - PS 1 Dasar, Cawangan Perkhidmatan, MTU-Tadbir, Lt Kol Roslan bin Salam TUDM mewakili Asisten Ketua Staf Tadbir dan Pengarah Perkhidmatan telah melaksanakan satu lawatan kebajikan di Pangsapuri ATM Setiawangsa.

Lawatan diadakan kepada adik Nur Na'ila Rizqah, anak kepada Kpl U Mohammad Firdaus bin Mohd Surur yang menghidap Cerebral Palsy dan memerlukan penjagaan rapi ahli keluarga disebabkan oleh keadaannya yang terlantar.

Lawatan ini turut disertai oleh PS 2 Perundangan/Tadbir MPOU, Mej Amisa Amri bin Isa TUDM, PS 2 Kebajikan, Mej Siti Norfadilah binti Omar TUDM dan PTTK Kebajikan, Sjn U Mohd Fahmi bin Nawi.

PS 2 Kebajikan turut memberikan penerangan kepada anggota berkaitan tatacara permohonan bantuan kasut khas dan kerusi roda khas yang diperlukan oleh anak anggota dan PS 1 Dasar turut menyampaikan sumbangan berbentuk lampin pakai buang dan susu tepung dari Tabung Kebajikan TUDM serta Kelab Sukan, Sosial dan Kebajikan ATM untuk kegunaan anak anggota.