Kemaskini Terakhir: Sabtu,19 Okt 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 2970DSC 2999DSC 3152DSC 3207DSC 3350DSC 3357

GONG KEDAK, 27 Sep 19 - Kelab Basikal Pangkalan Udara Gong Kedak (GKCC) telah menganjurkan Kejohanan Lumba Basikal Antara Cawang/Seksyen dan tertutup Pangkalan bermula 26 Sep hingga 27 Sep 19 bertempat di Perkarangan Gimnasium Pangkalan.

Pertandingan ini disertai 7 Pasukan yang terdiri daripada No 11 Skuadron, Cawang Kejuruteraan, Cawang Tadbir/Provos, Cawang Operasi, Skuadron 321, Skuadron Materiel dan Pasukan Gabungan Kontraktor melibatkan pertandingan On Road sejauh 10 km pada hari pertama dan Off Road 2 km pada hari kedua.

Keputusan keseluruhan On Road dan Off Road Perlumbaan Basikal antara Cawang/Seksyen 2019 dimenangi Juara bertahan Cawang Kejuruteraan manakala Naib juara disandang oleh Skn 321 dan Tempat ke-3 disandang oleh Gabungan kontraktor.

Pelepasan acara dan penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Pegawai Laksana Pangkalan, Lt Kol Wan Zainal Abidin bin Wan Yaacob TUDM. Turut hadir Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan anggota pangkalan.