Kemaskini Terakhir: Khamis,22 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

Screenshot 2019 10 11 14 27 57 56Screenshot 2019 10 11 14 28 50 65Screenshot 2019 10 11 14 29 01 53IMG 20191011 142745

SUBANG, 4 Okt 19 – Projek Inovasi dari Pusat Simulator Pejuang (PSP) yang telah berjaya merangkul Johan dalam KIK TUDM 2019 lalu, menjadi alternatif tambahan sistem keselamatan yang mampu meningkatkan dan menambahbaik sistem pertahanan pangkalan.

Projek ini yang juga dikenali sebagai HEROS telah mendapat tarikan daripada pihak tertinggi TUDM dan akan dibina secara berperingkat bermula di Pangkalan Udara Subang.

Pegawai Memerintah PSP telah memberikan penerangan yang lengkap mengenai projek inovasi ini kepada Ketua Skuadron 208 Provos dan anggota di mana projek ini menggunakan teknologi Fence Security terkini. Gabungan Teknologi Inovasi yang terlibat dalam projek ini adalah Zenith Energy Current ZEC manakala Spectra-Comm juga bakal digunakan bagi menambah keupayaan sistem.