Kemaskini Terakhir: Ahad,12 Jul 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

photo 2019 10 15 15 24 35 2photo 2019 10 15 15 24 35

KUCHING, 9 Okt 19 - Pangkalan Udara Kuching telah melaksanakan Kejohanan Hoki 9 Sebelah Antara Skuadron/Cawang bagi tahun 2019 di Stadium Hoki Sarawak, Padungan, Kuching.

Antara pasukan yang terlibat ialah No 1 Skuadron, No 7 Skuadron, Skuadron 330, Cawang Kejuruteraan, Cawang Tadbir, Cawang Materiel, Skuadron 105 Provos dan Cawang Operasi.

Pasukan dari No 7 Skuadron telah memenangi kejohanan dengan perlawanan akhir yang sengit bersama No 1 Skuadron yang akhirnya ditentukan oleh ‘Penalty Shootout’ di mana penjaga gol No 7 Skuadron telah menjadi wira perlawanan.

Turut hadir Pemangku Komander Pangkalan, Lt Kol Khir Alauddin Bin Ahmad Basari TUDM, Pegawai Sukan Pangkalan, Mej Mohd Faizal bin Mat Nayan TUDM dan Pegawai Hoki Pangkalan, Lt Vignesh Ramachandran TUDM.