Kemaskini Terakhir: Rabu,21 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

MSA 6540MSA 6658MSA 6669MSA 6966SHA 8089

BUTTERWORTH, 18 Okt 19 – Bagi melestarikan budaya rejimentel di kalangan anggota, Wisma Bintara Pangkalan Udara Butterworth telah menganjurkan Majlis Makan Beradat di The Light Hotel, Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Selain itu, majlis ini juga bertujuan untuk memberi penghargaan kepada mantan PMC Wisma Bintara Pangkalan, PW U I Sazali bin Suhod, Ahli Bintara yang akan menamatkan perkhidmatan dan yang sedang menjalani latihan peralihan.

Turut hadir Pemangku Komander Pangkalan dalam ucapan beliau mengharapkan agar TUDM akan terus melangkah dalam pembentukan sebuah pasukan yang mampan. Beliau juga mengingatkan anggota agar peka kepada Pelan Rancangan Pembangunan Keupayaan TUDM 2055 (CAP 55).

Sementara itu, PMC Wisma Bintara dalam ucapannya menyampaikan setinggi penghargaan kepada semua Bintara yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam berkongsi idea ke arah memacu kecemerlangan Wisma.