Kemaskini Terakhir: Rabu,28 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0113DSC 0127DSC 2366

KUCHING, 30 Okt 19 – Pangkalan Udara Kuching telah melaksanakan Latihan ‘Off-Base Pre-Accident Plan (PAP)’ yang melibatkan sebuah pesawat CN235 terhempas di jalan Kampung Tanjung Bako, Sarawak. Latihan ini diadakan bertujuan bagi memastikan kesiagaan dan langkah-langkah yang perlu diambil oleh semua pihak sekiranya kemalangan pesawat benar-benar berlaku.

Latihan ini dijalankan dengan penglibatan dan kerjasama daripada agensi luar seperti BBP Kota Samarahan, BBP Tabuan Jaya, PDRM dan turut terlibat pasukan ‘Quick Response Force’ QRF dari Skuadron Provos, Rumah Sakit Angkatan Tentera (RSAT) serta Pasukan Bomba Pangkalan menjadikan latihan ini lebih berkesan dari segi prosedur dan tugas menyelamat. Komander Pangkalan, Kol Mohd Azwan bin Mohd Pohari turut hadir menyaksikan latihan tersebut.