Kemaskini Terakhir: Isnin,18 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 9598DSC 9646DSC 9828

GONG KEDAK, 1 Nov 19 – Pengarah Materiel, Kol Kamarudin bin Kassim TUDM telah mengadakan Lawatan Kerja ke Pangkalan Udara Gong Kedak yang disambut oleh Ketua Cawang Materiel, Lt Kol Rafidi Anuar bin Abu Samah TUDM di Cawang Materiel.

DSC 9682DSC 9706DSC 9753

Dalam rangka lawatan ini, beliau telah membuat kunjungan hormat bersama Komander Pangkalan, Kol Shaiful Azuar bin Ariffin TUDM di Pejabat Komander seterusnya beliau di bawa ke Cawang Materiel untuk menandatangani buku Lawatan serta sesi taklimat di bilik mesyuarat Cawang Materiel.

DSC 9609

Sesi taklimat diadakan bagi membincangkan keberkesanan pengoperasian Cawang Materiel Pangkalan mengenai isu-isu semasa dan permasalahan yang berkaitan perkara dasar dan polisi Materiel/Logistik serta keanggotaan yang dihadapi oleh Cawang Materiel.

Selain itu juga, beliau turut membuat lawatan ke tapak pembinaan MATRA 5 bagi meneliti perkembangan terkini projek pembinaan yang sedang dijalankan dan seterusnya melawat ke Terminal Peluru 4 Pangkalan.