Kemaskini Terakhir: Isnin,18 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

72166317 2592965830791047 3655054968903172096 n73283261 2592965497457747 6621720963379625984 n73422494 2592965527457744 3631074147854974976 n

BUTTERWORTH, 3 Nov 19 – 150 warga TUDM melibatkan peserta Eksesais Para Drop Air Defence, Insertion, Strike, Search & Rescue and Extraction (Eks PARADISE) Siri 6/19 dan warga Pangkalan Udara Butterworth telah mengembeling tenaga bersama-sama dengan Qariah Masjid Jamek Bagan Lebai Tahir dalam program COMREL (Community Relation).

74222787 2592965444124419 665983010511781888 n74235476 2592965727457724 4926869242801815552 n74323996 2592965580791072 6637012786415140864 n

Program ini dilaksanakan bertujuan berkongsi faedah dan kebaikan dengan memberi sumbangan bakti kepada orang awam menerusi aktiviti bersama penduduk setempat khususnya Qariah masjid. Ianya juga merupakan inisiatif TUDM mendekatkan diri bersama masyarakat. Selain itu, program COMREL juga merupakan sebahagian daripada aktiviti yang telah dirancang dan sentiasa dilaksanakan dalam setiap eksesais-eksesais TUDM khususnya dan ATM amnya.

Program sehari ini melibatkan aktiviti membersihkan seluruh kawasan masjid dan juga tanah perkuburan secara bergotong-royong. Lt Kol Nazlan Shah bin Zainal TUDM mewakili peserta eksesais menyampaikan sumbangan barangan peralatan yang diperlukan oleh pihak masjid seperti 'vacum', 'water jet pump' dan peralatan-peralatan pembersihan.