Kemaskini Terakhir: Sabtu,24 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 1298DSC 1328DSC 1452DSC 4839DSC 5022

GONG KEDAK, 14 Nov 19 - Pangkalan Udara Gong Kedak dengan kerjasama Skuadron Provos telah mengadakan Latihan Menembak Pistol secara berperingkat dari 13 Nov hingga 14 Nov 19 melibatkan semua pegawai pangkalan di Lapang Sasar Pistol Pangkalan.

Latihan ini merupakan salah satu latihan ketenteraan yang direncanakan sepanjang tahun 2019 bertujuan melatih semua pegawai pangkalan bagi mendapatkan kemahiran serta mempraktikkan penggunaan Pistol Browning dan Glock 26 sekali gus dapat menilai pegawai dalam mengendalikan senjata dan meningkatkan mutu kecekapan dan kemahiran menembak di Lapang Sasar ataupun di dalam operasi sebenar.

Latihan pada kali ini terdiri daripada lima praktis pada jarak sasaran menembak 5m, 10m, 15m, 20m dan 25m serta disusuli dengan latihan dan pertandingan menembak jatuh piring.

Turut hadir Komander Pangkalan, Kol Shaiful Azuar bin Ariffin TUDM yang turut menyempurnakan penyampaian hadiah kepada Johan menembak piring berpasangan iaitu Lt Muhammad Khairul Ammar bin Mat Akhir TUDM dengan Fsjn Mohd Annuar bin Mamat.